Assalamualaikum wrt & hi!
Pada permulaan Kursus Telekomunikasi, nim ada belajar tentang soft skill management. Di sini nim kongsikan beberapa point yang nim dapat dalam modul ini. Untuk Modul pertama ni, dijalankan selama 3 hari, penceramahnya ialah Ustaz Saiful, Ustaz Azlan dan Prof Dr Nik Rosli Abdullah.
Tips kekalkan matlamat asal (jadi orang yg cemerlang)
1. Perbahurui matlamat (cabaran, rancang, tindak untuk baiki)
2. Hadirkan perasaan seronok (always happy & enjoy bila nak kerja)
3. Hadirkan ancaman dekat diri (bila nak tukar kerja, bila stress, kita kena bangkit! “Nak dpt kerja tu susah, jangan sia sia kan”)
4. Dampingi sahabat yg baik
5. Kurangkan pilih dlm buat keputusan (takyah fikir pnjg2, kita kena kuat & lawan)
6. Bila stress, amek cuti & cari suasana baru
7. Sabar, istiqamah & syukur
8. Doa pada Allah swt (permudahkan urusan)
3 benda yang akan mencorakkan hidup kita
- Hidup yg kita dapat sekarang, sebabkan tindakan kita semalam
- Keputusan yg kita buat semalam, buatkan ape yg kita dapat harini
- Pilihan yang kita buat semalam, adalah asbab kepada apa yang kita dapat harini
** Dengan pemikiran ini lah kita dpt melangkah
Cara atasi, nak kekalkan matlamat & istiqamah dalam berubah
- cari circle yang nak berubah, yang baik
- always ada mentor
- ajak orang lain
Sentiasa tunjuk bakat berkomunisasi dalam Interview dan Mesyuarat organisasi, supaya kita terkenal, bukan hanya dlm organisasi kita saja, tapi pada organisasi lain juga.
3 ciri untuk transformasi diri kekal
1) motivasi
- sentiasa kuat/semangat
- dorongan dalaman
2) komitmen
3) konsisten
- keseragaman, istiqamah & paksa diri
Teknik pengurusan masa:
Itu sahaja. Semoga apa yang nim share ni, sedikit sebanyak boleh membantu korang, dapat membakar semangat korang untuk teruskan perjuangan!
Ulasan
Catat Ulasan