Sebagai peniaga, kita mesti nak cari alternatif yang mudah dan jimat, betul tak? Nim ada tips untuk peniaga dekat luar sana untuk gunakan aplikasi pos system dekat telefon bimbit je, tak perlu ada komputer apa semua. Sangat sesuai untuk peniaga2 kecil. Jimat & Mudah! Tak ramai yang tahu pasal ni, so awal perniagaan dah spend banyak untuk beli mesin POS system. Kalau ada cara lebih jimat, baik manfaatkan.
NOTE : Nim bagi tips ni hanya untuk peniaga kecil-kecilan je tau. If nak lagi advanced, boleh beli set POS System yang ditawarkan oleh mana-mana syarikat yg ada.
Okay, Loyverse ni ada 5 aplikasi kesemuanya. Tapi, untuk peniaga kecil, kita guna 2 apps je, jimat storage handphone.
Mula2, korang pergi ke apps store atau google play store & download dua apps ni sahaja
1. Loyverse POS - Point of Sale
2. Loyverse Dashboard
Untuk penerangan lebih detail mengenai apps, nim akan upload nanti. Dekat sini, nim akan cerita roughly sahaja.
Apps Loyverse POS - Point of Sale, fungsi dia ibarat mesin air. Tekan2, nanti dia bagitau total semua yang kita dah beli. Untuk senarai barang dan harga, kita boleh masukkan & edit sendiri. So, mudahlah bila customer nak bayar, tak perlu kira manual guna kalkulator. Dekat sini dah boleh elak pengiraan harga yang salah.
Apps Loyverse Dashboard ibaratkan summary. Dia akan display berapa jumlah jualan korang pada hari tersebut. Nak tengok by minggu boleh, bulan boleh, tahun pun boleh. Dekat sini, korang boleh detect customer selalunya ramai masa bila & barang apa yang paling laku.
Untuk apps yang lain2 tu pula,..
Apps Loyverse CDS untuk install dekat second display. Kiranya ibarat korang guna 2 phone. Satu ada apps Loyverse POS, satu lagi ada apps Loyverse CDS. Phone yang ada Loyverse CDS ni untuk display pada customer. Bila kita kira total harga dekat phone lagi satu yg guna Loyverse POS tu, automatik dia akan terpapar juga dekat phone yang guna apps Loyverse POS.
Apps Loyverse Back Office & Loyverse KDS tu pula takde dalan playstore atau app store. So, nim tak pernah try.
Jangan lupa, kalau ada duit lebih, korang belilah thermal printer untuk resit & cash drawer. Beli yang murah2 je, boleh cari dekat shopee.
Semoga bermanfaat!
Ulasan
Catat Ulasan