Coretan dari Nim

Berkongsi cerita dan pengalaman

Lutfiah Hanim

Melihat ke masa lampau, mengimbau dan menceritakan kembali cerita yang bermanfaat untuk semua. Salam perkenalan!

About

Siapa saya?





Assalamualaikum & hi!

Salam perkenalan buat semua walaupun sebenarnya kita tak pernah berjumpa (hihi). Di sini nim nak memperkenalkan diri dan serba sedikit berkenaan diri dan kehidupan nim.

Nama diberi Lutfiah Hanim Binti Lut. Dilahirkan di Kubang Kerian, Kelantan, tapi dibesarkan di Shah Alam, Selangor. Lahir pada 1997, dah nak masuk lingkungan 30an (sedar diri makin berusia, hihi). Nim dapat pendidikan awal di tadika yang berdekatan dengan kawasan rumah nim iaitu di Tadika Pasti Al-Firdaus. Selepas itu, nim bersekolah di SK Subang dan SRA Kampung Melayu Subang. Selepas tamat sekolah rendah, nim bersekolah peringkat menengah di SAMTTAJ (dari tingkatan 1 sehingga Tingkatan 2 sahaja). Kemudian nim berpindah ke SMK Seksyen 11 sehingga tamat Tingkatan 5. 

Dengan rezeki Allah S.W.T. nim dapat sambung belajar ke peringkat universiti di UiTM Pasir Gudang, Johor dan UiTM Shah Alam. Nim ambil bidang pengajian kejuruteraan elektrik kuasa untuk diploma dan juga degree. Sejujurnya, masa awal-awal masuk bidang kejuruteraan ni, nim tak tahu perasaan tu macam mana sebab nim cuma follow the flow je, tpi alhamdulillah dipermudahkan dan dapat juga graduate first class untuk diploma dan degree. Kalau nak tanya tips belajar, tanyalah. Tapi nim bagitau awal-awal, nim memang suka study last minit tau, sebabkan nim jenis yang mudah lupa.

Lagi apa ya? Takpelah. Nanti kalau ada apa-apa nak tambah, nanti nim tambah.

Apapun, terima kasih atas support korang semua dan kerajinan korang untuk baca blog nim.